Friday, April 9, 2010

Aku berada di taman indah, yang di penuhi rerama cantik, bunga-bunga harum subur berkembang, sesekali merdu suara sang beburung menyanyi, hangat cahaya matahari pagi yang tak terlalu hangat dan udara pagi yang tak terlalu dingin menyapa lembut tubuh. Semua nya begitu sempurna sekali. Sehingga aku sedikit terlupa akan kepedihan masa lalu. Aku duduk di pohon rendang redup di alas rerumput hijau terbentang, sayup-sayup kelihatan gunung-ganang disana, indah ciptaan-Nya. Cantik. Indah. Tuhan, aku berharap kau tak bawa aku ke tempat lain. Aku mahu di ruangan ini. Aku mahu di medan ini. Aku mahu jauh dari manusia-manusia hina, busuk di luar sana. Aku tenang di sini. Masa ini aku habiskan memandang pemandangan hijau sejuk mata aku. Tersenyum sendiri.

Aku di alam cinta. Semua orang ada rasa cinta. tetapi mungkin berlainan rasa dan pandangan nya. Aku di alam cinta aku sendiri. Hati aku hanya buatnya. Ya, aku di taman yang hanya dikelilingi cinta dan kasihsayang. Aku tak mahu keluar dari taman ini. Sangat berharap. Ianya tak dapat aku garap dengan bahasa dan perkataan. Hati. Tolong. Jangan rampas senyum ini. Jangan sentap hati ini. Aku mahu menjaganya. Aku mahu memebelainya walau berat harus aku tanggung. Sejarah cinta dan hidup lepasku penuh duri. Kini telah aku buang semua duri bisa dan ku semaikan benih cinta, dengan harapan.

Tolong. Jangan Pergi.

No comments:

Post a Comment