Saturday, May 29, 2010

Jalan , aku berjalan . Aku tak hirau yang dikiri dan dikanan , aku terus berjalan , Tak aku sangka , sudah sejauh ini perjalanan aku , telah banyak rintangan yang aku tempuh untuk aku terus berjalan didalam sebuah tempat bernama hidup ini , sudah begitu banyak juga suka dan ketawa yang dah aku rasa .

Aku hebat , yah aku manusia terhebat . aku melalui pelbagai perkara , mencuba banyak benda tak kira yang sakit mahupun yang indah . Aku bukan manusia hina , bukan juga manusia malang tetapi aku adalah manusia bertuah .

aku harus berterima kasih kepada-Nya . Ya , terima kasih kerana memberi aku kesempatan untuk melalui dan merasai banyak perkara didalam hidup ini . Keindahan adalah anugerah dan kesakitan adalah pengajaran terbaik buat aku .

Kini , aku berdiri di suatu tempat , tetapi ia bukan lah destinasi aku . Di suatu tempat yang membolehkan aku menoleh kebelakang. Lalu , aku menarik nafas , tersenyum sendirian melihat perjalanan aku sendiri yang rupanya selama ini sangat cantik dan indah . Perjalanan harus diteruskan . Aku tak mungkin dapat berpatah semula , tetapi kenangan - kenangan silam akan terus hidup dalam hati .

Aku memandang kehadapan , dan hati kecilku berkata , perjalanan di hadapan , tidak tahu lagi sejauh mana . Destinasi bukan keutamaan aku , liku , sakit , perit , suka , tawa yang bakal aku temui dalam perjalanan nanti adalah sesuatu yang paling bermakna dalam hidup .

Semoga aku akan terus menjadi seorang manusia hebat :)

Saturday, May 22, 2010

"I Love You"
frasa simpel
tapi minta perhatian!

ini bukan frasa mainmain
besar makna
dalam intinya
hebat kuasanya
sekali diucap
berjuta kali jiwa bergetar
tercungap
High,
otak mula berkhayal
ke ruang harum semerbak
parfum cinta

Memang hebat.
Aku mahu lari terus ke pantai
aku mahu campak semua rasa sakit
yang berkubang dalam lubuk hati ke laut dalam
biar tenggelam
tak timbul-timbul lagi

Aku mahu lari ke gunung
Aku mahu teriak sekuat hati
biar lepas , biar keluar semua rasa sakit
yang bersarang di celah hati ini
biar ia terbang di bawa angin
jauh

Aku
Yang tercalar
yang terluka
yang terguris

yang ditusuk hatinya
dengan virus
sakit
pedih
bernanah
aku menangis
aku menjerit sekuatnya
namun tiada siapa yang mahu menghulur
Mereka memandang , tiada belas
Aku merayu , mereka diam
Lalu , berlalu
tinggalkan aku terlolong


Mereka
Tinggal kan aku
Selepas aku menjadi kosong
Selepas aku tiada apa
Selepas aku bukan lagi aku yang dulu
Selepas aku jatuh tersungkur
Selepas petir menyambar aku

Tuhan
Hinanya aku tuhan
melupakan kau
disaat senyum dan ketawa
terlukis di bibir aku
Kini , Duka dan airmata
tumbuh subur dalam diriku
Disaat ini , baru aku terfikir tentangMu
Tuhan , aku berdosa
Tuhan , aku hambaMu yang hina
Tuhan , sebusuk dan sehanyir aku , kau masih menerima aku

HambaMu yang lemah ini
cuma meminta secebis harapan
sedikit ruang kemaafan dariMu



Sunday, May 16, 2010

Beruntungnya diriku memilikimu
Berikan cahaya temani langkahku
Andai sejak dulu kau ada di sini
Pasti tak akan ada cinta yang lain

Tak ku rasa sebelumnya
Sejuta cinta yang terindah


Thanks , love you sayang

Thursday, May 13, 2010



What Is It That I Love?

If asked why I love him I would say
It’s the sway in his hips,
the thickness in his thighs.
It’s the lust in his lips,
the love in his eyes.
It’s the softness of his skin,
the silk in his hair.
It’s the twist in his walk;
it’s the sweetness in his talk.
It’s the way he loves me
that makes me love him each day.
That is what I would say.