Wednesday, December 1, 2010

HIYARGHHHH~

Good Morning , Malaysia. Happy New Day , World ! :)

Thanks god for wake me up again, for bring me life again this morning, Alhamdulillah.

Seperti biasa *SENYUMMMMMMM*
Bangun pagi kena senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :)
Dan buat sedikit dance, semangat semangat!
Erkk, Laparlah. Bangun, terus kemas rumah.
Dengan perut yang memutarkan lagu Iron Maiden. Eheee.

*Termenung
Lepas ni aku dah jarang-jarang update blog ni.
Hurm, Maybe bila betul-betul ada masa terluang baru dapat update.
Sebab lappy rosak dan aku tak bawa ke KL.
Ni pun pakai lappy adik untuk update.

Perkara yang paling aku suka ialah, jarang melepak lagi dilaman sosial.
Dan lebih kepada realiti kehidupan.
Aku lebih suka itu.

Eh. Aku tak dapat percaya ni, Sudah lebih dari 24 jam aku tidak stalk laman facebook lelaki itu. Wahaaa. Hebat wehh. Ini perkara baik. Supaya rasa cemburu itu dapat dihindarkan. Aku sedang berusaha mengontrol perasaan. Dan aku rasa, Its Work :)

Kehidupan hari ini dan masa akan datang akan lebih baik hendaknya.
InsyaAllah.

Have a great day, Guysssssssssss !
LOVE & PEACE !

Mood : Uncle Kraker - SMILE

SUPERYAYA!

Hari yang sangat-sangat membahagiakan.
*Senyum.

Malam semalam aku menangis sangat teruk. Serius teruk gila. Aku kejung. Mata pedih sangat masa bangun pagi tadi. Padan muka pada diri sendiri. Gatal sangat nak nangis. Lepas nangis boleh pula aku gelak. Teringat firdaus suruh gelak kalau sedih. Eheeeeeeeeee. Macam susah dan kelakar. Dah sedih takkan nak gelak pulak. Hihi. Semalam aku akui, aku melakukan perkara paling bodoh sekali. Dan dan dannn, boleh pula aku delete Facebook aku. -.-

Ahaha. Kalau tak kerana kawan-kawan dan peminat-peminat aku, tiada kuasalah aku mahu melayan Facebook *poyo. HAHAHA.

MOOD : THE WAY I ARE - TIMBALAND

Wake up yaya ! Welcome to your new world! :)

Hari ini aku bangun dengan semangat. Ini bukan biasa tapi sesuatu yang fresh dan baru :)
Menerima hakikat dan tidak mahu melawan takdir yang hanya menyakitkan perasaan. Jadi menerima adalah kaedah terbaik dan Ya, Ia berhasil meredakan segalanya.

Aku tersenyum. Bukan senyum biasa tapi ia penuh makna.

Menerima segala apa yang terjadi dengan hati yang terbuka. Tanpa ada rasa dendam di hati. Persahabatan masih dijalin. Hasilnya, Yaa hati sangat tenang.

Perasaan cinta itu, orang kata perlahan-perlahan boleh dilupuskan. Aku tak tahu. Tapi, aku mahu cuba menjadi kuat. Menjadi YAYA yang kuat dan hebat. Aku yakin aku boleh. Ya, aku pasti.

CINTA, aku menunggu takdirku.
Aku menunggu keajaiban untukku.
Dan aku yakin, CINTA itu pasti ada untuk aku.
Senyum pada takdir, dan takdir akan tersenyum kembali kepada kita.

Aku senyum lagi. Senyum dan senyum.
Lebih positif , dan percaya dengan perancangan tuhan untuk diri.

^______^

Kehidupan akan berubah bila saja aku sudah berhijrah ke tempat baru dan suasana kerja baru.
Tak sabar mahu mula bertugas ditempat baru yang sememangnya suatu cabaran yang sangat kuat untuk aku. Berharap semuanya baik dan aku menjadi seorang pekerja yang terbaik. Disamping menjadi front officer yang dedikasi dengan kerja. Go Go Yaya !

Kunci kata aku untuk hari ini ialah :

" CINTA ADALAH TENTANG PERCAYA"

" KESABARAN YANG TINGGI PASTI TIDAK MENGECEWAKAN"


**Girlfriend & Boyfriend, Semoga kehidupan membawa sesuatu yang baik dalam hidup kamu semua ya ! jangan lupa senyum tau. ^.^