Monday, November 22, 2010

Aku budak yang suka main kotor dan busuk
Aku main dalam longkang
Habis bau badan aku dengan bau muntah
Itu Aku

Aku budak yang sudah mandi dan cantik wangi
Aku bersolek bagi cantik-cantik
Tubuh aku semburkan dengan bau-bauan asyik
Itu Aku

Aku main kotor dan busuk lagi
aku main dalam longkang lagi
Kadang-kadang aku ke lumpur
Bau-bau busuk pekat melekat itu kembali
Itu aku

Kemudian,
Aku mandi dan bersihkan diri kembali
Bau-bau wangi dan bersolek lagi
Biar nampak indah lagi
Ya, Itu aku

Dan perkara yang sama berulang-ulang lagi
tidak pernah berhenti jadinya

Segala lorong dan jalan telah aku lalui
Sempit dan luas
Berdebu dan segar
Gelap dan terang
Aku redahi
Aku jalani

Ini kisah hidup
Ini Aku

Aku melaluinya sendirian
Tanpa sesiapa
Mereka cuma mampu melihat
Merenung perjalanan aku dari jauh

Kadang aku terjatuh
Malah pernah aku tersungkur dan bergolek
luka parah , cedera ringan
Aku dah merasa

Tapi
Kadang ada senyum dan gelak ketawa
Aku bahagia
walau seketika

Indahnya hidup
Aku merasa semua
Aku menjadi semua
Dan, aku tidak kesali semuanya

Pengalaman
Pelajaran dan guru hidupku
Paling terhebat

Aku percaya
di akhir sakit ini
ada senyum bahagia menunggu

Aku percaya
Tuhanku selalu bersama ku
tidak pernah meninggalkan aku

Aku percaya
pengalaman perit itu
sebagai peringatan kepada kehidupan depan

Thursday, November 18, 2010

Gadis Semasa - Yuna


Harap kau faham, tapi pernahkah kau faham ? Masih seperti dahulu kan ? Silap aku terlalu mengagungkan kau. EGO. Thats the keyword for YOU, sayang.

YUNA - GADIS SEMASA

Tuesday, November 16, 2010

KERDIL.

Baby , I want to stay like this forever. Can we baby ?
Im soo happy ^^

Redup dan halus sekali pagi , aku bangun pagi dengan senyum terlukis di bibir. Senyum yang lama hilang. Hari ini ia kembali membawa sejuta makna rasa dalam hati. Sesuatu didalam ruang fikiran aku. Aku senyum lagi.

Foto Faiz, yang aku selitkan di buku. Yang aku telah cabut satu persatu pada hari pemutusan ikatan kami. Kini kembali di tangan aku. Satu persatu aku belek , perlahan. Merenung dalam-dalam. Begitu manisnya kenangan lalu itu. Aku cium gambar Faiz " I love you, sayang. Really I meant it. " Lekat kan kembali di wall kesayangan aku. Senyum. Bermula hari ni aku dapat lagi cium gambar Faiz dan cakapcakap dengan gambar Faiz. Walaupun cuma gambar , cuma sekeping gambar , aku seperti merasa ia hidup dan seperti merasa faiz mendengar ^ _ ^

Semuanya balik seperti sediakala, selepas berbagai perkara yang dah aku tempuh. Selepas merasa penat dan selepas menolak beberapa lelaki dalam hidup kerana cuma ingin bersama Faiz. Maaflah, Bukan aku mahu bermain hati , kerana kau semua pasti tahu apa itu CINTA.

Selepas pemergiannya , aku mengaku aku cuba memberi peluang kepada orang lain. Maaf,maaf maaf dan maaf kepada semua. Semua tidak dapat memberi seperti apa yang Faiz berikan. Marah saja aku, benci saja aku. Tuhan tahu kenapa aku begini , kenapa aku terlalu cinta kan Faiz. Dan atas dosa yang telah aku lakukan kepadanya , dia masih tetap menerima aku. Demi Allah, Ini pengorbanan untuk aku dari Faiz. Dan demi Allah, Aku sangat memerlukan dia dalam hidup aku. Maaf , atas segala-galanya. Aku cuma manusia biasa.


Monday, November 15, 2010

Dosa

Maaf, aku tersilap.
Terlepas pandang.
Mungkin pada masa tersebut, aku kurang berfikir
Atau aku tidak berfikir secara waras
tersasar jauh dari garis batas yang sepatutnya

Atas segala apa yang terjadi ini , Mata aku terbuka
melihat sesuatu yang selama ni aku kira tiada lagi dan tak mungkin lagi terjadi
Airmata sekali lagi untuk aku
Diam , tanpa sebarang ucapan
Ya Allah, berdosanya Aku
Aku tak patut bertindak melulu tanpa berfikir
" Teruk gila perangai kau, Yaya "

Maaf lelaki, jauhi aku.
Aku bukan seperti apa yang kalian fikir kan
Jangan tanya tentang cinta
Kerana ia sudah di tempah seseorang

Sunday, November 7, 2010

Aizat Amdan - SUNGAI LUI (ORIGINAL LIRIK DI SKRIN)

SUNGAI LUI - AIZAT AMDAN

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini

*Tak tahu lah kenapa boleh jadi gila lagu ni. Ada banyak makna tersirat. Lagu ni, aku tujukan seseorang tetapi dia tak hargai pulak. Hihi. Tak apa lah. Sememangnya aku memang tidak menjadi kepentingan dia. But, peduli lah. Now I've someone who really loves me better and for who I am.