Saturday, April 10, 2010

HIDUP melebihi dari kesakitan ini.
tabah.

Friday, April 9, 2010

SEPI

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban di hidupku
Biarkan saja biar saja
Hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri

Oh! ada saatnya kubicara
Bila hatiku t’lah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Oh! sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh! ada saatnya ku bicara
Bila hatiku t’lah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam…
Aku berada di taman indah, yang di penuhi rerama cantik, bunga-bunga harum subur berkembang, sesekali merdu suara sang beburung menyanyi, hangat cahaya matahari pagi yang tak terlalu hangat dan udara pagi yang tak terlalu dingin menyapa lembut tubuh. Semua nya begitu sempurna sekali. Sehingga aku sedikit terlupa akan kepedihan masa lalu. Aku duduk di pohon rendang redup di alas rerumput hijau terbentang, sayup-sayup kelihatan gunung-ganang disana, indah ciptaan-Nya. Cantik. Indah. Tuhan, aku berharap kau tak bawa aku ke tempat lain. Aku mahu di ruangan ini. Aku mahu di medan ini. Aku mahu jauh dari manusia-manusia hina, busuk di luar sana. Aku tenang di sini. Masa ini aku habiskan memandang pemandangan hijau sejuk mata aku. Tersenyum sendiri.

Aku di alam cinta. Semua orang ada rasa cinta. tetapi mungkin berlainan rasa dan pandangan nya. Aku di alam cinta aku sendiri. Hati aku hanya buatnya. Ya, aku di taman yang hanya dikelilingi cinta dan kasihsayang. Aku tak mahu keluar dari taman ini. Sangat berharap. Ianya tak dapat aku garap dengan bahasa dan perkataan. Hati. Tolong. Jangan rampas senyum ini. Jangan sentap hati ini. Aku mahu menjaganya. Aku mahu memebelainya walau berat harus aku tanggung. Sejarah cinta dan hidup lepasku penuh duri. Kini telah aku buang semua duri bisa dan ku semaikan benih cinta, dengan harapan.

Tolong. Jangan Pergi.

Saturday, April 3, 2010

Sembilu kasih KARAT & JULING .

Akan Datang 2010







Saya suka buku ini, hehe. Saja nak show off :)

Diploma Teknologi Media (Pengiklanan) Jun/Julai 2006-2009

Guys, Miss you all so much. Lucky for all of us, tak ada siapa pun di antara kita yang menganggur. HEHE. Allahyarham Hazrina tetap berada di dalam hati kita, biarpun dia telah meninggalkan kita terlebih dahulu dan tak disangka secepat ini. AL-Fatihah. Kakak doakan semua berjaya dalam apa pun yang dilakukan kalian.

P/S : Rindu zaman perkuliahan, bekerja lagi tak best dari belajar.


Farra Hazwani Mansor

Aku kenal dia masa tahun 1997, di sekolah kebangsaan Sungai Udang. Dia pelajar baru dan aku merupakan orang pertama yang menegurnya. Rumah kami juga tidak jauh, semenjak dari hari pertama kami berjumpa , kami semakin rapat dan rapat sehingga ke hari ini. Dia merupakan seorang kawan yang sangat baik, banyak simpan rahsia aku, dan penyayang. HAHA. Kami buat jahat bersama-sama. Buat baik juga bersama-sama, tapi baik kah kami ? hahaha!

Last perkara jahat yang kami buat bersama pada raya lepas, haha ! raya kedua, farra panjat tingkap curi-curi keluar rumah sebab nak pegi clubbing dengan aku. nasib baik tak tergolek. Dahlah kami pegi club pakai selipar, aku plak boleh tergelincir jatuh kat carpark. HAHA! tu la, sape suruh buat jahat lagi.

Erm, aku sangat bersyukur dikurniakan seorang teman yang baik seperti dia. Dan aku sangat berharap yang perhubungan kami akan berkekalan sampai bila-bila.


Babe , I love you so much ! Thanks for everything.

Tuhan

Tuhan.
Ku ditakdirkan dengan seorang teman
seorang seniwati yang kujadikan teman
dan bermesra lebih dari perkataan kawan
lalu terukir senyuman

Tuhan
ku dihiris hati oleh sebilah senjata tajam
kerana cinta aku bermuram
mendung ribut kabut melanda diri
sepurnama lebih tiada cahaya

Tuhan
kelahiranku engkau tuliskan untuk bermacam-macam
dan ku fahami tentang takdir
aku menerima seniwati menjadi sahabat
Tiada istilah musuh di hati
masih sahabat dijalin

Tuhan
Hati keruh jernih esok hendaknya
yang mendung esok pasti cerah cuacanya
air pasang subuh surutnya
dan mungkin cahaya bulan dan bintang
kembali... ?

Tuhan
berdiri aku seorang dihalaman rindu
dikelilingi hanya bunga layu apatah lagi madunya
samar-samar pandangan melihat kupu-kupu
menghisap madu ketika berkasih
selepas perginya sang itu
tinggalkan ku di laman yang tiada sinar

Tuhan
petang ini bersua kembali
berpimpin tangan dengan
seorang seniwati
seorang gadis
seekor kupu-kupu

Seorang yang menanti perkara yang indah
temankan aku tatkala aku seorang
menunggu kucupan mesra darimu

Menunggu perkataan cinta dari engkau


2 Februari 2008