Saturday, May 22, 2010

Aku mahu lari terus ke pantai
aku mahu campak semua rasa sakit
yang berkubang dalam lubuk hati ke laut dalam
biar tenggelam
tak timbul-timbul lagi

Aku mahu lari ke gunung
Aku mahu teriak sekuat hati
biar lepas , biar keluar semua rasa sakit
yang bersarang di celah hati ini
biar ia terbang di bawa angin
jauh

Aku
Yang tercalar
yang terluka
yang terguris

yang ditusuk hatinya
dengan virus
sakit
pedih
bernanah
aku menangis
aku menjerit sekuatnya
namun tiada siapa yang mahu menghulur
Mereka memandang , tiada belas
Aku merayu , mereka diam
Lalu , berlalu
tinggalkan aku terlolong


Mereka
Tinggal kan aku
Selepas aku menjadi kosong
Selepas aku tiada apa
Selepas aku bukan lagi aku yang dulu
Selepas aku jatuh tersungkur
Selepas petir menyambar aku

Tuhan
Hinanya aku tuhan
melupakan kau
disaat senyum dan ketawa
terlukis di bibir aku
Kini , Duka dan airmata
tumbuh subur dalam diriku
Disaat ini , baru aku terfikir tentangMu
Tuhan , aku berdosa
Tuhan , aku hambaMu yang hina
Tuhan , sebusuk dan sehanyir aku , kau masih menerima aku

HambaMu yang lemah ini
cuma meminta secebis harapan
sedikit ruang kemaafan dariMu



No comments:

Post a Comment