Tuesday, November 16, 2010

KERDIL.

Baby , I want to stay like this forever. Can we baby ?
Im soo happy ^^

Redup dan halus sekali pagi , aku bangun pagi dengan senyum terlukis di bibir. Senyum yang lama hilang. Hari ini ia kembali membawa sejuta makna rasa dalam hati. Sesuatu didalam ruang fikiran aku. Aku senyum lagi.

Foto Faiz, yang aku selitkan di buku. Yang aku telah cabut satu persatu pada hari pemutusan ikatan kami. Kini kembali di tangan aku. Satu persatu aku belek , perlahan. Merenung dalam-dalam. Begitu manisnya kenangan lalu itu. Aku cium gambar Faiz " I love you, sayang. Really I meant it. " Lekat kan kembali di wall kesayangan aku. Senyum. Bermula hari ni aku dapat lagi cium gambar Faiz dan cakapcakap dengan gambar Faiz. Walaupun cuma gambar , cuma sekeping gambar , aku seperti merasa ia hidup dan seperti merasa faiz mendengar ^ _ ^

Semuanya balik seperti sediakala, selepas berbagai perkara yang dah aku tempuh. Selepas merasa penat dan selepas menolak beberapa lelaki dalam hidup kerana cuma ingin bersama Faiz. Maaflah, Bukan aku mahu bermain hati , kerana kau semua pasti tahu apa itu CINTA.

Selepas pemergiannya , aku mengaku aku cuba memberi peluang kepada orang lain. Maaf,maaf maaf dan maaf kepada semua. Semua tidak dapat memberi seperti apa yang Faiz berikan. Marah saja aku, benci saja aku. Tuhan tahu kenapa aku begini , kenapa aku terlalu cinta kan Faiz. Dan atas dosa yang telah aku lakukan kepadanya , dia masih tetap menerima aku. Demi Allah, Ini pengorbanan untuk aku dari Faiz. Dan demi Allah, Aku sangat memerlukan dia dalam hidup aku. Maaf , atas segala-galanya. Aku cuma manusia biasa.


No comments:

Post a Comment