Saturday, February 26, 2011

HIDUP

aku hidup untuk hari ini
siapa aku pada waktu & masa yang lepas
adalah sebuah mimpi cuma
dimana, semua tentangnya
telah aku masukkan ke dalam kotak kenangan
dan aku ikat rapi supaya ia tidak terbuka kembali
tidak akan pernah terbuka kembali

Aku hidup di dunia sementara
dunia yang penuh saja dengan pancaroba
mahu mencari redha-MU , Oh tuhanku

cukuplah cita-cita ku
Mahu menjadi hamba-Mu yang selalu mengingati-Mu
Yang sentiasa mensyukuri diatas segala nikmat yang telah engkau kurniakan keatasku

Mahu mencari rezeki yang halal , sumber yang diberkati
walaupun tak seberapa
untuk aku teruskan hidup diatas bumi Allah ini
dengan sederhana cukupnya

Menjadi anak yang soleh
yang mendoakan kesejahteraan dan membahagiakan
ibubapaku di dunia dan akhirat selalu

menjadi bakal isteri dan bakal ibu
yang taat setia dengan suami ku, menjaga kehormatan & maruahnya
Yang sentiasa memberi dorongan & sentiasa mendoakan mereka

INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment