Friday, March 11, 2011

Hey Boy!
Watch out.
Anda dalam perhatian.
Kerana didapati bersalah.
Mencuri sekeping hati seorang gadis.

Wednesday, March 9, 2011

Aishiteru[Menunggu] -



Sabar , sabar dan terus bersabar
Menanti saat kita menyelami hidup bersama
Bersama menyemai cinta , cinta menuju keredhaan-Nya
Percayakan kesetiaanku, Namun tak aku menolak qada' dan qadar Ilahi
Kuatkan semangat , Tabahkan hati dan berdoa yang tekun dan sungguh-sungguh
^_____^

Izwan Zainal

Thursday, March 3, 2011

Surat Cinta


Hi Baby.

If you read this. Sorry.
I wanna tell you everything. Everything inside my heart.
But, I dont know how to speak up to you.
Then, I decided to write it here. In my blog.

How great Allah, Subhanallah. Dia mempertemukan kita dengan satu pertemuan yang sangat indah untuk dikenang. Pertemuan yang bermula dengan perasaan menyampah dan benci. Pertemuan yang I rasa , I will never be yours.
But, We are today. Yes, we are. Semakin hari perasaan benci dan menyampah itu perlahan-lahan hilang, dan mula digantikan dengan suatu perasaan indah yang pernah I rasa sebelum ni. I melihat kesungguhan you. Dan i dapat merasakan kesungguhan you sayang.

Seperti mana Allah telah berfirman :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu"

[Al-Baqarah : 216 ]


I always remember the time we had together.
All the laugh and the tears.
It just so lovely to remember it all

Dan atas semua kekurangan dan ketidak sempurnaan I, you terima dengan hati yang sangat terbuka dan tabah. I tak mampu membalasnya. Moga Allah dapat membalasnya, sayang.
Dimasa I jatuh dan tak mampu bangun, you melihat titis-titis air mata yang mengalir dan tak mahu berhenti di mata I. You mendengar keluh kesah i. You melihat i terseksa dan menghulurkan perhatian.

Dan demi Allah,
Semenjak dari hari itu, hati I mula belajar mencintai you
Mula menerima you di dalam hidup I
Terima kasih , sayang

Kita jauh. Ya, kita jauh. Tapi, ada sesuatu yang mendekatkan kita.
Dan setiap hari, I tak berhenti berdoa agar hubungan kita yang suci ini direstui dan dipermudahkan oleh-Nya. Tak lupa juga restu keluarga kita

Dan cinta ini akan membawa kita ke suatu ikatan kukuh, ikatan yang yang diredhai Allah.
I berharap dan bermohon kepada Allah, semoga jodoh kita akan berkekalan. InsyaAllah


Tahun 2012
I akan menunggunya
Hari yang sangat bererti buat kita berdua
Hari dimana kita akan dihalalkan
Disamping, doa yang tak putus-putus memohon perlindungan Allah ke atas hubungan kita ini





LOVE , YAYA

Saturday, February 26, 2011

Setahun 5 bulan lagi
Semoga Allah kuatkan semangat dan kesabaranku
Menantimu , mengambilku sebagai permaisuri hidupmu
Menghalalkan apa yang haram diantara kita
Dengan izin Allah

Dan , semoga kita cinta kita direstui-Nya
dan perjalanan perhubungan cinta yang suci ini dipermudahkan-Nya

^.^

Muhammad Izwan Zainal Abidin

Surah Al- Qiamat (Terjemahan)

[1]
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
[2]
Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
[3]
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
[4]
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
[5]
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
[6]
Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”
[7]
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
[8]
Dan bulan hilang cahayanya,
[9]
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
[10]
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”
[11]
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
[12]
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
[13]
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
[14]
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
[15]
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
[16]
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
[17]
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
[18]
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
[19]
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
[20]
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
[21]
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
[22]
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
[23]
Melihat kepada Tuhannya.
[24]
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
[25]
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
[26]
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
[27]
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”
[28]
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
[29]
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
[30]
(Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).
[31]
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
[32]
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
[33]
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
[34]
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
[35]
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
[36]
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
[37]
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
[38]
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
[39]
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.
[40]
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

HIDUP

aku hidup untuk hari ini
siapa aku pada waktu & masa yang lepas
adalah sebuah mimpi cuma
dimana, semua tentangnya
telah aku masukkan ke dalam kotak kenangan
dan aku ikat rapi supaya ia tidak terbuka kembali
tidak akan pernah terbuka kembali

Aku hidup di dunia sementara
dunia yang penuh saja dengan pancaroba
mahu mencari redha-MU , Oh tuhanku

cukuplah cita-cita ku
Mahu menjadi hamba-Mu yang selalu mengingati-Mu
Yang sentiasa mensyukuri diatas segala nikmat yang telah engkau kurniakan keatasku

Mahu mencari rezeki yang halal , sumber yang diberkati
walaupun tak seberapa
untuk aku teruskan hidup diatas bumi Allah ini
dengan sederhana cukupnya

Menjadi anak yang soleh
yang mendoakan kesejahteraan dan membahagiakan
ibubapaku di dunia dan akhirat selalu

menjadi bakal isteri dan bakal ibu
yang taat setia dengan suami ku, menjaga kehormatan & maruahnya
Yang sentiasa memberi dorongan & sentiasa mendoakan mereka

INSYAALLAH