Saturday, April 3, 2010

Tuhan

Tuhan.
Ku ditakdirkan dengan seorang teman
seorang seniwati yang kujadikan teman
dan bermesra lebih dari perkataan kawan
lalu terukir senyuman

Tuhan
ku dihiris hati oleh sebilah senjata tajam
kerana cinta aku bermuram
mendung ribut kabut melanda diri
sepurnama lebih tiada cahaya

Tuhan
kelahiranku engkau tuliskan untuk bermacam-macam
dan ku fahami tentang takdir
aku menerima seniwati menjadi sahabat
Tiada istilah musuh di hati
masih sahabat dijalin

Tuhan
Hati keruh jernih esok hendaknya
yang mendung esok pasti cerah cuacanya
air pasang subuh surutnya
dan mungkin cahaya bulan dan bintang
kembali... ?

Tuhan
berdiri aku seorang dihalaman rindu
dikelilingi hanya bunga layu apatah lagi madunya
samar-samar pandangan melihat kupu-kupu
menghisap madu ketika berkasih
selepas perginya sang itu
tinggalkan ku di laman yang tiada sinar

Tuhan
petang ini bersua kembali
berpimpin tangan dengan
seorang seniwati
seorang gadis
seekor kupu-kupu

Seorang yang menanti perkara yang indah
temankan aku tatkala aku seorang
menunggu kucupan mesra darimu

Menunggu perkataan cinta dari engkau


2 Februari 2008

No comments:

Post a Comment