Tuesday, March 15, 2011

Kami dan Kau.

Buatmu Sahabat ,
Aku tak menolak pendapat yang mengatakan disaat kau jatuh , disaat kau menderita, Orang yang lebih dekat dengan kita adalah keluarga. Ya , family akan tetap bersama kita disaat kita tersungkur. Tapi aku tidak menolak juga yang kawan-kawan sama juga pentingnya. Ada perkara yang kita tak dapat nak luahkan dan beritahu family dan kita rasa kawan-kawan adalah medium terbaik untuk meluahkan apa yang ada dalam hati kita. Yeah, Not in certain things. But at least , sharing right ? :) 

Apa gunanya kawan-kawan kalau dimasa senang saja bersama? Itu bukan kami. Dan kau tahu, walau kami tak dapat membantu dengan banyak. Tapi sekurang-kurangnya kami tahu perkembangan kau dan kalau bukan setiap masa pun, ada masa terluang kami boleh besama-sama menjenguk kau. Sikap mendiamkan diri, membuatkan kami tertanya-tanya akan status kedudukan dan keberadaan kami disisi kau ? Dan kami semakin putus asa untuk mencari kau. Kau menilai kami, seolah-olah kau baru sehari dua mengenal kami. 

Apa yang kami silap , beritahu. Dan kita boleh perbaikinya bersama-sama. Kami juga ada masalah yang kau tak tahu. Tapi kami tetap gembira. Hidup didunia adalah medan ujian buat kita , dan apa saja dugaan yang mendatang, Letakkan hati kita di nawaitu yang betul. Hidup kita didunia kerana Allah. Dan setiap musibah yang Allah turunkan kepada kita mempunyai maksud tersirat :)

Kawan,
Aku dan yang lain, masih menyayangi kau. Dan ingin selalu bersama kau dimasa senang dan susah.
Walaupun tak banyak yang dapat kami bantu. Tapi, Kami mahu kau tahu walau sesukar mana pun hidup membawa perjalanan kau. Kami tak akan menjauh. Kami akan tetap disini besama-sama kau.

Kalau nak cakap tentang kesedihan, sakit perit menjalani hidup. Aku juga merasa benda yang sama. Aku juga melalui hari sukar. Aku juga di beri ujian yang sangat dasyat. Namun begitu, aku tetap tabah dan kuatkan semangat untuk meneruskan sisa hidup di bumi sementara ini dengan mencari redha Ilahi.

Ujian di muka bumi ini adalah besifat sementara dan menandakan Allah sangat menyayangi kita.
Dia mahu kita belajar sesuatu dari musibah yang dia telah turunkan kepada kita. Jadi belajar lah, kawanku.
Dan pada bila-bila masa kau memerlukan kami, kami akan datang kepada kau.

Aku , Sana dan Nadia sangat menyayangi kau, WANIE .
Kami menunggu.

No comments:

Post a Comment