Wednesday, March 16, 2011

Soal Hidup

Untuk beberapa hari ni , aku dan dia rancak berbicara tentang soal masa depan, soal perancangan kewangan kami untuk berkahwin dan beberapa perancangan lain. Semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Sudah hampir dua bulan dia bekerja dan dia sangat suka dengan kerjanya. Walaupun bukanlah dengan gaji yang besar. Keikhlasan melakukan kerja tersebut adalah yang paling penting. Dia nampak semakin matang dan sudah semakin bijak mengurus kehidupan. Dari seorang yang suka bermain, kini menjadi lebih serius dengan kehidupan. Syukur yang tak terhingga kehadrat ilahi :)

InsyaAllah, jika dipanjangkan umur dan jika jodoh antara kami berkekalan, dia akan menyunting aku sebagai isterinya pada tahun hadapan. Dan aku akan mengikutnya ke Shah Alam. Hubungan kami telah direstui keluarga. Alhamdulillah. 

Aku akan mula bekerja pada bulan hadapan, kerja biasa yang aku lebih biasa. Aku tak mahu mengharap kepada pekerjaan lain yang lebih glamour kononnya. Cukup dengan kerja biasa , walaupun tak tinggi gajinya, itu sudah rezeki aku dan ianya dari sumber yang halal. 

Ada beberapa bulan untuk bekerja dan mengumpul dana disini. Dan kami haruslah bekerja keras. Ditambah lagi, ada beberapa benda penting yang perlu kami dapatkan sebelum berkahwin. InsyaAllah

Aku berasa sangat bersyukur, walaupun kami bukan kaya , tak banyak duit kami tetap happy. Bukan kekayaan harta dunia yang kami harapkan. Cukuplah apa yang ada untuk kami meneruskan hidup di bumi Allah ini secara sederhana. Kerana apa yang ada di dunia ini adalah cuma bersifat sementara semata-mata. Dan kami berharap cinta antara kami akan mengukuhkan lagi cinta kami kepada-Nya , Pencipta Kita , Ya Allah.

Harapanku, semoga hubungan cinta kami terus dilindungi Allah dan direstui keluarga kami. 
InsyaAllah...

---Senyumannya , comel sangat. Hihi ^.^

No comments:

Post a Comment