Friday, February 25, 2011

Senyumlah pada takdir , pasti takdir akan senyum kembali kepada kita

Semua manusia telah ditentukan takdirnya sejak dari mereka belum lahir lagi didunia ini.

Dalam takdir yang ditentukan, ada saja dugaan yang menghalang.

Namun begitu, dugaan itulah yang akan mematangkan kita dalam hidup.

Bergantung kepada kekuatan kita menempuhinya.

Kita selalu berharap menjadi orang lain.

Orang lain yang kita lihat lebih sempurna kehidupannya.

Kita lupa pada orang lain yang lebih teruk kehidupannya.

Kita ingat , kehidupan mereka sempurna.

Ya, mungkin sempurna dimata kita, namun hakikat perjalanan kehidupan mereka?

Hanya tuhan saja yang tahu J

Nahh, sikap mahu menjadi orang lain

Akhirnya mendatangkan perasaan tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki

Lalu, terjadilah perasaan dengki dan akhirnya, sebilangan kita bertindak luar fikiran

Mengikut nafsu.

J Berbahagialah kita dengan siapa diri kita yang sebenar

Sentiasa bersyukur dengan limpah kurnia Allah kepada kita, yang tidak putus-putus

Sejak kita dilahirkan.

Halangan , Dugaan dan rintangan dalam hidup

Jangan dianggap sebagai satu perkara yang menyusahkan hidup

Anggaplah ia ujian Allah untuk menjadikan kita lebih kuat menjalani perjalanan di bumi Allah ini

Semoga kita menjadi insan yang tabah dan kuat, InsyaAllah...

Kembali

Hey , Hello Dunia

SMILE...

Apa khabar ? Ada baikkah ?

( Tarik nafas)

Yeahh..Yeah... Dah lama tak update blog dan facebook saya. Dan kelihatannya, banyak perubahan yang telah dilakukan ke atas kedua-dua laman social ini.

Hmm, lebih kurang dua bulan lebih menyepi

Ada yang tertanya-tanya kemana hilangnya Yaya???

Baiklah, saya masih wujud. Masih lagi berada di muka bumi ni.

Cuma...

Dua bulan yang lepas saya lebih banyak bermimpi.

Saya berada di dunia fantasi, yang saya ciptakan sendiri.

Dan. Suatu hari sebelum sedar ke dunia nyata, saya telah bermimpi buruk.

Ya, Amat buruk sekali.

Saya sendiri tak mampu menggambarkan dasyatnya mimpi itu.

Sehingga saya tersentak, dan kembali ke dunia sedar.

Pencarian di alam mimpi kini terhenti.

Walaupun, ianya Cuma fantasi , pengalamannya begitu memberi impak besar di dalam hidup saya

Merubah segala-galanya yang tidak saya sedar sebelum ini

Dan

Dan

Dan...

Saya sangat berterima kasih kepada Allah

Kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berada di alam fantasi mimpi tersebut

Dan memberi peluang untuk gagal kepada saya

Dimana, ianya sangat – sangat memberikan kesan dan kesedaran kepada saya didalam banyak perkara.

Saya rasa, tanpa peluang mimpi buruk itu, saya akan terus bermain-main dan khayal di dalam dunia fantasi tersebut.

Kejatuhan saya

Kegagalan saya

Kunci kekuatan kehidupan saya di bumi Allah yang hanya dipinjamkan kepada kita ini.

Hari ini, saya sedar

Sepanjang 24 tahun kehidupan ini

Saya banyak menghabiskan banyak masa di alam mimpi

Di alam olok-olok

Namun begitu, saya memanjatkan syukur kepada Pencipta kita , Allah SWT

Kerana telah mengembalikan saya kedunia nyata

Tak mampu lagi saya mengatakan apa-apa , Cuma syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi .

ALHAMDULILLAH....

Wednesday, December 1, 2010

HIYARGHHHH~

Good Morning , Malaysia. Happy New Day , World ! :)

Thanks god for wake me up again, for bring me life again this morning, Alhamdulillah.

Seperti biasa *SENYUMMMMMMM*
Bangun pagi kena senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :)
Dan buat sedikit dance, semangat semangat!
Erkk, Laparlah. Bangun, terus kemas rumah.
Dengan perut yang memutarkan lagu Iron Maiden. Eheee.

*Termenung
Lepas ni aku dah jarang-jarang update blog ni.
Hurm, Maybe bila betul-betul ada masa terluang baru dapat update.
Sebab lappy rosak dan aku tak bawa ke KL.
Ni pun pakai lappy adik untuk update.

Perkara yang paling aku suka ialah, jarang melepak lagi dilaman sosial.
Dan lebih kepada realiti kehidupan.
Aku lebih suka itu.

Eh. Aku tak dapat percaya ni, Sudah lebih dari 24 jam aku tidak stalk laman facebook lelaki itu. Wahaaa. Hebat wehh. Ini perkara baik. Supaya rasa cemburu itu dapat dihindarkan. Aku sedang berusaha mengontrol perasaan. Dan aku rasa, Its Work :)

Kehidupan hari ini dan masa akan datang akan lebih baik hendaknya.
InsyaAllah.

Have a great day, Guysssssssssss !
LOVE & PEACE !

Mood : Uncle Kraker - SMILE

SUPERYAYA!

Hari yang sangat-sangat membahagiakan.
*Senyum.

Malam semalam aku menangis sangat teruk. Serius teruk gila. Aku kejung. Mata pedih sangat masa bangun pagi tadi. Padan muka pada diri sendiri. Gatal sangat nak nangis. Lepas nangis boleh pula aku gelak. Teringat firdaus suruh gelak kalau sedih. Eheeeeeeeeee. Macam susah dan kelakar. Dah sedih takkan nak gelak pulak. Hihi. Semalam aku akui, aku melakukan perkara paling bodoh sekali. Dan dan dannn, boleh pula aku delete Facebook aku. -.-

Ahaha. Kalau tak kerana kawan-kawan dan peminat-peminat aku, tiada kuasalah aku mahu melayan Facebook *poyo. HAHAHA.

MOOD : THE WAY I ARE - TIMBALAND

Wake up yaya ! Welcome to your new world! :)

Hari ini aku bangun dengan semangat. Ini bukan biasa tapi sesuatu yang fresh dan baru :)
Menerima hakikat dan tidak mahu melawan takdir yang hanya menyakitkan perasaan. Jadi menerima adalah kaedah terbaik dan Ya, Ia berhasil meredakan segalanya.

Aku tersenyum. Bukan senyum biasa tapi ia penuh makna.

Menerima segala apa yang terjadi dengan hati yang terbuka. Tanpa ada rasa dendam di hati. Persahabatan masih dijalin. Hasilnya, Yaa hati sangat tenang.

Perasaan cinta itu, orang kata perlahan-perlahan boleh dilupuskan. Aku tak tahu. Tapi, aku mahu cuba menjadi kuat. Menjadi YAYA yang kuat dan hebat. Aku yakin aku boleh. Ya, aku pasti.

CINTA, aku menunggu takdirku.
Aku menunggu keajaiban untukku.
Dan aku yakin, CINTA itu pasti ada untuk aku.
Senyum pada takdir, dan takdir akan tersenyum kembali kepada kita.

Aku senyum lagi. Senyum dan senyum.
Lebih positif , dan percaya dengan perancangan tuhan untuk diri.

^______^

Kehidupan akan berubah bila saja aku sudah berhijrah ke tempat baru dan suasana kerja baru.
Tak sabar mahu mula bertugas ditempat baru yang sememangnya suatu cabaran yang sangat kuat untuk aku. Berharap semuanya baik dan aku menjadi seorang pekerja yang terbaik. Disamping menjadi front officer yang dedikasi dengan kerja. Go Go Yaya !

Kunci kata aku untuk hari ini ialah :

" CINTA ADALAH TENTANG PERCAYA"

" KESABARAN YANG TINGGI PASTI TIDAK MENGECEWAKAN"


**Girlfriend & Boyfriend, Semoga kehidupan membawa sesuatu yang baik dalam hidup kamu semua ya ! jangan lupa senyum tau. ^.^

Monday, November 22, 2010

Aku budak yang suka main kotor dan busuk
Aku main dalam longkang
Habis bau badan aku dengan bau muntah
Itu Aku

Aku budak yang sudah mandi dan cantik wangi
Aku bersolek bagi cantik-cantik
Tubuh aku semburkan dengan bau-bauan asyik
Itu Aku

Aku main kotor dan busuk lagi
aku main dalam longkang lagi
Kadang-kadang aku ke lumpur
Bau-bau busuk pekat melekat itu kembali
Itu aku

Kemudian,
Aku mandi dan bersihkan diri kembali
Bau-bau wangi dan bersolek lagi
Biar nampak indah lagi
Ya, Itu aku

Dan perkara yang sama berulang-ulang lagi
tidak pernah berhenti jadinya

Segala lorong dan jalan telah aku lalui
Sempit dan luas
Berdebu dan segar
Gelap dan terang
Aku redahi
Aku jalani

Ini kisah hidup
Ini Aku

Aku melaluinya sendirian
Tanpa sesiapa
Mereka cuma mampu melihat
Merenung perjalanan aku dari jauh

Kadang aku terjatuh
Malah pernah aku tersungkur dan bergolek
luka parah , cedera ringan
Aku dah merasa

Tapi
Kadang ada senyum dan gelak ketawa
Aku bahagia
walau seketika

Indahnya hidup
Aku merasa semua
Aku menjadi semua
Dan, aku tidak kesali semuanya

Pengalaman
Pelajaran dan guru hidupku
Paling terhebat

Aku percaya
di akhir sakit ini
ada senyum bahagia menunggu

Aku percaya
Tuhanku selalu bersama ku
tidak pernah meninggalkan aku

Aku percaya
pengalaman perit itu
sebagai peringatan kepada kehidupan depan

Thursday, November 18, 2010

Gadis Semasa - Yuna


Harap kau faham, tapi pernahkah kau faham ? Masih seperti dahulu kan ? Silap aku terlalu mengagungkan kau. EGO. Thats the keyword for YOU, sayang.

YUNA - GADIS SEMASA

Tuesday, November 16, 2010

KERDIL.

Baby , I want to stay like this forever. Can we baby ?
Im soo happy ^^

Redup dan halus sekali pagi , aku bangun pagi dengan senyum terlukis di bibir. Senyum yang lama hilang. Hari ini ia kembali membawa sejuta makna rasa dalam hati. Sesuatu didalam ruang fikiran aku. Aku senyum lagi.

Foto Faiz, yang aku selitkan di buku. Yang aku telah cabut satu persatu pada hari pemutusan ikatan kami. Kini kembali di tangan aku. Satu persatu aku belek , perlahan. Merenung dalam-dalam. Begitu manisnya kenangan lalu itu. Aku cium gambar Faiz " I love you, sayang. Really I meant it. " Lekat kan kembali di wall kesayangan aku. Senyum. Bermula hari ni aku dapat lagi cium gambar Faiz dan cakapcakap dengan gambar Faiz. Walaupun cuma gambar , cuma sekeping gambar , aku seperti merasa ia hidup dan seperti merasa faiz mendengar ^ _ ^

Semuanya balik seperti sediakala, selepas berbagai perkara yang dah aku tempuh. Selepas merasa penat dan selepas menolak beberapa lelaki dalam hidup kerana cuma ingin bersama Faiz. Maaflah, Bukan aku mahu bermain hati , kerana kau semua pasti tahu apa itu CINTA.

Selepas pemergiannya , aku mengaku aku cuba memberi peluang kepada orang lain. Maaf,maaf maaf dan maaf kepada semua. Semua tidak dapat memberi seperti apa yang Faiz berikan. Marah saja aku, benci saja aku. Tuhan tahu kenapa aku begini , kenapa aku terlalu cinta kan Faiz. Dan atas dosa yang telah aku lakukan kepadanya , dia masih tetap menerima aku. Demi Allah, Ini pengorbanan untuk aku dari Faiz. Dan demi Allah, Aku sangat memerlukan dia dalam hidup aku. Maaf , atas segala-galanya. Aku cuma manusia biasa.